Saturday, November 22, 2008

Cerita Ceriti

assalamualaikum wbt.....


sudah jarang-jarang dapat aku update kat sini.yelah dgn aku yg selalu busy.lagipun ini bukanlah benda wajib.bila ada masa aku akan update.bukannya ramai pembaca kat sini.ini adalah personal blog aku.so kalau ada yang aku nak bercerita,aku akan cerita.


semalam seharian aku meeting.dari kul 8.30 sampailah pukul 6.30 ptg.break kejap je untuk lunch and solat.dah akhir meeting itu rupa2nya ada anugerah pekerja cemerlang bulan november untuk aku.hihihihi.terkejut gak aku.sbb biasanya anugerah ni bagi ikut senioriti sdgkan aku masih baru lagi.nak pujuk aku yg merajuk hari tu kot:)alhamdulillah.tapi sebenarnya aku langsung tak pernah nak mengharapkan anugerah pe2 pon.lagipon aku memang minat dgn keje-keje yg aku buat skang.cukuplah kalau orang hargai penat-lelah aku selama ni.bukan senang aku nak handle 7juta duit kerajaan kerana setiap sen akan dihitung.keje dgn duit nie sgt2 tension wei.


aku juga dah bukak satu photo blog------>sini.bukannya rajin ape.memandangkan fotopages sgt2 lembab dan mendatangkan masalah,so aku amik keputusan nak bukak blog ni.blog ni memang akan full dengan photo2 yg aku tembak la.kat atas antara pic yg aku tembak semalam.aku suka betul.itu guna lens baru aku 50mm dan juga bermain dgn gradient map.salah sorang member fp aku yg soh aku main dgn gradient map.lagi sempoi katanya.owh ya.aku akan mula bercuti dari 25nov-12 dec.masuk kelas beb!!


nota jari:custom album aku dah siap.lum sempat amik lagi :)

Monday, November 10, 2008

Jiwa oh Jiwa

assalamualaikum wbt.....

rupanya sudah beberapa hari aku tidak menulis entri disini kan.tapi tak terasa apa plak.mungkin sbb dah agak lama aku tglkan dunia blog ni.kawan-kawan.jiwa aku sebenarnya sedang kacau..kepala hotak aku sgt serabut...aku sedang bertahan agar aku tidak jatuh lagi.aku tidak ingin jatuh lagi.sbbnya aku tahu begitu perit untuk bangun semula bila kita terjatuh.aku mohon dikuatkan iman,semangat dan hati aku ini.

owh ya..aku dah siapkan semua page custom album aku.so memandangkan mereka yang aku invite dalam blog ni,adalah org2 yg istimewa dalam hidup aku so aku nak publishkan lah kat sini.maybe ada komen yg leh aku betulkan sebelum aku hantar ke kedai *bajet habis kerana rawatan myheart*








haaaa.nilah sepuluh page yang aku berjaya siapkan.nampak memang sgt2 mudah tapi bukan senang sebenarnya nak bermain dengan jari jemari ni.yg first sekali ialah cover...then ada dua page lagi yang aku x publish kat sini *xleh la semua kan* kalau la menjadi bila siap print nanti.aku rasa ini adalah hadiah paling mahal yang pernah aku bagi orang.ini bukan bermaksud hanya dari segi wang ringgit..tapiiiiii ia melibatkan kesabaran,ketelitian,keMOODan and dah tentu kewangan dll.untungkan kawan baik aku nie,sape nak plak pasni???sila dapatkan nombor ada ye *smile*
nota jari:bila jiwa kacau..main dgn photo so die berehat jap la :)

Wednesday, November 5, 2008

Projek Custom Album

assalamualaikum wbt.....



aku nak cuba buat custom album.so aku ambil kawan baik aku kat opis;jue sbg model untuk percubaan yang pertama ni.doakan ye kawan2.kalau menjadi.aku nak buat pre wedding then nak hadiahkan kat kawan baik aku yg sorang lagi.insyallah.untungnya kawan2 aku sbb ada kawan yang baik macam aku kan~ceh!!!aku mmg perasan :)


nota jari:jarijemariku sedang bermain....

Monday, November 3, 2008

Kenangan Indah Bersama MYHEART

assalamualaikum wbt.....




myheart masih cedera.memandangkan aku terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi dapatkan rawatan myheart so aku terpaksa mengambil sedikit masa bagi nak survey tempat2 yang terbaik dan termurah untuk myheart.

ahad sebelum tragedi,myheart dah sampai ke ipoh.dengan perjalanan pergi balik sejauh 403.1km myheart sudah semakin jauh berjalan.sebelum ini alor setar destinasi paling jauh so insyallah pasni makin jauh kita akan pergi.aku ke simpang pulai sempena perkahwinan seorang blogger,gorothedon dgn kawan matrik kmpp aku,hasma.nasi minyak dorang memang sedap beb.tak rugi aku pi.



pas kenduri,aku bersiar2 dgn myheart mengimbau kenangan aku selama setahun di ipoh(2000-2001).even banyak tempat yang aku tak berapa nak ingat tapi kenangan stay ipoh memang aku takkan lupa sampai bila-bila sbb itu pertama kali aku jauh dari keluarga dan aku jumpa hantu!!.

owh ya,sengaja ambil photo myheart di sign-board TAMAN D.R.disitu cinta adik-adik aku (noushy-syah)berputik.i miss them damn. much!!!

nota kaki:hari ni ke balai polis lagi.hantar dokumen2 yang diperlukan.hati masih sakit.tapi aku cuba untuk bersabar...

Sunday, November 2, 2008

Terapi

assalamualaikum wbt.....




fotografi dan kanak-kanak adalah terapi terbaik bagi aku untuk hilangkan tekanan.menghabiskan hari ahad di taman belia dgn myheart yg masih cedera.Tuhan..berilah aku kekuatan menghadapi ujian demi ujian.

nota jari:sabar dan ikhlas,itu Islam

Terapi

assalamualaikum wbt.....







fotografi dan kanak-kanak adalah terapi terbaik bagi aku untuk hilangkan tekanan.menghabiskan hari ahad di taman belia dgn myheart yg masih cedera.Tuhan..berilah aku kekuatan menghadapi ujian demi ujian.

nota jari:sabar dan ikhlas,itu Islam