Thursday, January 29, 2009

Cerita Ceriti Langkawi








niat aku nak bercuti ke langkawi sbb nak gembirakan kawan2 aku.aku nak mereka rasa apa yang telah aku rasa tahun lepas.seronok sampai buat aku speechless.tahun lepas dgn kawan2 uitm then tahun nie dgn kawan2 opis plak.tapi biasalah,kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.seribu satu kisah yang kami catatkan di langkawi.walaupun ia adalah kenangan pahit,aku harap kawan2 aku dapat menikmati percutian ini walau tak seindah percutian aku yg dulu.

mungkin salah aku juga sbb pas dapat berita kawan baik aku nak transfer,aku nak batalkan percutian ni.tetapi bila pikir2 balik,marahkan nyamuk takkanlah kelambu dibakar so aku teruskan juga.paling best percutian kali ni sbb aku stay kat chalet atas pokok.even pinggang aku bagai nak patah bila tidur beralaskan papan dan bangku,tapi aku puas.aku tak kisah kalau aku tak selesa.asalkan kawan2 aku hepi itu dah cukup baik.

shopping???owh aku tak shopping banyak kali ni.sekadar beli buah tangan buat kawan2 dan famili.lagipun aku dtg bukan niat nak bershopping tetapi bercuti.itu adalah dua benda yang berbeza.tapi lain kali aku taknak dah dtg time cuti2 macam nie.semua jadi mahal.biasalah kan business..
so kat sini ada beberapa pix yg aku nak share.honestly photo2 kali ni amat tidak memuaskan hati aku.maybe sbb dah hilang mood maka photo pun dah hilang serinya.dan aku jugak share beberapa pic di photo blog aku yang dibuka kepada public...
nota kaki:macam tak puas bercuti kali ni.hope dalam tahun ni gak aku dapat p lagi sekali.takpun p mana2 pulau yang lain...

Wednesday, January 28, 2009

Majlis Bertunang Kak Ina

assalamualaikum wbt...
penat balik langkawi,sepupu aku dari klang dah tunggu.so sebelum bercerita pasal 1001 kisah di langkawi aku nak publishkan dulu pic tunang sepupu aku nie yang baru siap.sampai datang penang tuntut pic dia.maklumlah dah sebulan tak siap2 lagi (die tunang time krismas).tapi sayang masa wedding die nnt aku xdapat nak snap malah nak hadirkan diri sbb time tu aku dah dibooking..*smile* erm kerana kesibukan aku nie,masa untuk fotografi pun dah kurang...teruk betul kan

nota kaki:tak sabar nak cerita pasal langkawi.nnt la ek.aku masih bercuti nie.bulan depan baru masuk opis.

Thursday, January 22, 2009

Berhenti Berharap

assalamualaikum wbt
sengaja publish photo teman baik aku ni.tunggu surat nak tranfer je die.hope sgt2 she make a right decision.i will always pray for you..
tadi buka satu email di kotak inbox aku,dapat forward email mengenai rumput.email itu menyentuh hati aku.dah berkali-kali aku berjumpa dengan rumput yang paling cantik,tapi aku berjalan ke depan lagi sbb nak mencari yang lebih cantik,sudahnya satu pun aku tak jumpa.dan aku tak diizinkan untuk menoleh kebelakang.akhirnya aku yang rugi...
hari ini aku cuba berhenti berharap.orang yang forwardkan email itu juga mengingatkan aku tentang lagu tersebut.so hari ini aku cuba selami.aku ingin berhenti berharap.dan semoga aku berjaya.aku tau die juga sentiasa mendoakan aku.thanks akk!!!.i hope u know how much i do respect you eventhough i'm not showing you my appreciation and respecfull.i know u know me better than others even we just close past 4-5 month.
alhamdulillah hari ini dapat pulang awal masa hari masih cerah.hari ni juga hari yg baik sbb aku berjaya mengawal emosi even emosi ini dengan sengaja ingin dirobohkan.aku ingin terus kuat.walau terpaksa menipu diri sendiri.anggap saja itu bohong sunat.padahal memang ngak wujud bohong sunat sebenarnya.*senyum tawar*
nota kaki:semua assignment aku due date pada 30 januari.tapi satu hape pun xlayan lagi!adoi la.mati aku macam nie...owh ya.sok aku tido umah teman baik aku nie.sbb sabtu nak ke langkawi..tgk la kalo ada kesempatan dan idea aku update ye..(cewah macam ramai readers je,padahal 5 org je)

Wednesday, January 21, 2009

engkau tetap pergi???

assalamualaikum wbt...

cute kan pic nie.photographer in action.windunya dengan myken.
Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergiPergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergiPergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu
kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam
ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

bila kita dalam keadaan duka.semestinya kita memerlukan orang-orang yg rapat dgn kita untuk sama-sama membasuh luka sebelum kita sapukan ubat dan akhirnya ia akan baik jika dirawat dengan sebaiknya kan.tapi kadang-kadang hati kita betambah hancur bila luka itu terus diletak cuka ataupun garam.ya Tuhan.pedihnya!!teramat2.even air mata kita mengalir,itu bukan tandanya kita sakit akibat kepedihan luka itu.tapi air mata kita mengalir kerana orang yang meletak cuka itu adalah orang yg kita harapkan untuk sama2 membantu kita.
nota kaki:aku asyik balik malam-malam je skang nie.sampai orang dah lama tak tgk aku.yela.aku kuar cuaca masih gelap,aku balik pun cuaca dah gelap.dahlah kulit aku sendiri pun gelap,so mana la orang nak nampak aku kan.erm baru habis tutup akaun 2008 dah sampai bajet 2009.penat oooo.nak buat kenaikan gaji lagi.mujur masih mampu bertahan even kepala otak aku serabut,jiwa aku kacau.moga aku tak jatuh sakit...

Tuesday, January 20, 2009

Bangga diri..?

assalamualaikum wbt...
pic ni masa p langkawi tahun lepas.time ni aku sgt2 tembam sampaikan jeans pun xleh nak pakai *smile*

aku ni terlalu baik??aku ni terlalu istimewa??aku ni terlalu bagus??susah nak jumpa orang macam aku??kalau itulah yg orang gambarkan kita pastinya kita ptt berasa bangga.tapi bagi aku,itu semua tidak bermakna kalau aku tidak dihargai dan dikasihi.setiap apa yang aku lakukan pada seseorang itu,aku tak perlukan balasan tapi cukuplah kalau hati aku ini dijaga..dan tidak disakiti dengan sengaja.
aku akui aku punya keistimewaan yang aku mampu mempengaruhi orang dalam certain situasi.tapi aku takkan gunakan ia untuk tujuan yang menyenangkan aku tapi membuatkan orang lain terluka.sebenarya hari ini aku mampu buat bos batalkan kelulusan transfer kawan rapat aku.bos tanya beberapa perkara pada aku.dalam sakit ati aku terpaksa mengiyakan walau aku terpaksa menipu.owh Tuhan!!!.aku sedang belajar menerimanya...

walau aku ni panas baran.tapi satu sikap aku yang sgt bagus dari dulu ialah aku sgt2 ambil berat dgn sesiapa saja yang aku kenal tambah2 dgn orang yang aku rapat.so demi mengembirakan orang lain,aku sekali lagi menghancurkan perasaan sendiri...bos tanya,u ok ke best friends nak pindah nnt.aku tersenyum tawar...

alhamdulillah dalam keadaan aku yang tak berapa nak hepi,aku mampu jalankan tugas aku dgn baik.hari ni aku berjaya siapkan satu task yg penting.well done myself!!!

nota kaki:entri ini sebenarnya tiada langsung dgn niat berbangga diri tapi sekadar satu motivasi untuk bangun dan membanggakan orang-orang yang menyayangi aku...

Monday, January 19, 2009

Kosong

assalamualaikum wbt...

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku
Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini
Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu
Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

blog ini terlalu personal buat aku pada masa ni.mungkin entri-entri yang akan datang penuh dgn kisah2 sedih.oleh itu aku dah ambil keputusan untuk remove semua blog readers aku kecuali 5 orang.andai kamu dapat masuk ke blog aku.maka kamu semua ini adalah org2 yang sgt istimewa dalam hidup aku.samada kamu org yang aku sayang,yang aku hormat dan yang aku kagumi.aku memerlukan kamu semua untuk menghadapi kegawatan yang sedang aku alami ni.aku harap kamu semua akan terus dgn aku untuk bagi semangat.

nota kaki:teringat masa mula2 aku berblogging hampir 3 tahun lepas.macam ni la keadaan aku masa tu.then lepas itu aku berjaya bangun dan terus cemerlang tapi bagaimana pulak kali ni???

Sunday, January 18, 2009

...perpisahan

assalamualaikum wbt...




hilang sudah semua kenangan...

perpisahan adalah sesuatu yang susah aku nak terima dalam hidup aku.terutama sekali perpisahan dengan kawan-kawan.memandangkan aku sorang saje pompuan dalam famili semestinya aku sangat2 rapat dgn kawan2 aku.tapi perpisahan kerap terjadi dalam hidup aku.masa aku habis matrik aku ambil masa yg agak lama nak biasakan diri tanpa kawan macam tu jugak masa aku habis uitm.dan kini perpisahan bakal terjadi lagi.

kawan rapat aku kat opis bakal bertukar...bila???semestinya dalam waktu yg terdekat ini.aku pasti tentang itu.sgt2 pasti.instinct aku sgt2 kuat.bila aku dapat tau berita ni.uhuks!!!ntah macam ne nak gambarkan perasaan aku.mujur aku tau dari mulut die sendiri.sedih.boring dan segalanya lah.aku tau aku sekali lagi terpaksa ambil masa yang begitu lama untuk kembali seperti biasa.nak biasakan diri bukan mudah.tambah2 bila kita terlalu rapat dgn seseorang...

buat masa ni,aku cuba anggap yang dia masih akan terus disini untuk satu tempoh yang lama.aku cuba tipu diri aku sendiri.aku cuba kurangkan rasa sakit hati aku ini.kenapa??sebab yang memaksa die bertukar itu yang buat hati aku sakit dan sedih.tapi aku akan terima segalanya....dan insyallah,akan aku jadikan percutian ke langkawi nanti sebagai kenangan terindah sebelum perpisahan terjadi....

nota kaki:bila aku sudah tiada..simpan semua gambarku...

Friday, January 16, 2009

15 jan:my best celebration ever...

assalamualaikum wbt...

seronok..seronok..seronok...sgt2 seronok celebrate bday aku yang ke 27.age is just a number.mind is actually show ur age.cewah.itu pandangan aku la.terpulang kalau xde sape setuju pun.aiman eh..aku xkisah *smile*

pagi2 masuk opis dah ada bungkusan makanan(apam telur) atas meja.aku sgt2 teringin nak makan.finally nurul bought me.thanksss!!!kak riah plak buatkan dadih.then a cute card by kak ja.terus lekat kat dinding.after that en.ibni driver give me cash rm50. he said use that money spend my day *smile*so aku ingat nak beli kek la belanja member2..tapi my best fren said xpayah la..guna untuk awak je..tak lama pastu datang pulak nasi ayam kak ina belanja.amboi.murah rezeki sungguh aku on my day *smile*

time lunch..switch off the light then as usual lepak2 dgn opismate.and then muncul la kek.opss!!! tak sangka betul la.ptt la jue tak bagi aku beli kek.rupanya akan muncul kek.apple cheese cake.owh damn delicious!!!thanks buddies..kak ja,nurul.anis and jue..*muaaaahssssss*

balik umah.mak sibuk menggoreng bihun.dah ada agar2.then karipap.terharu,terharu dan terharu.mak buat bacaan Yassin kat umah ustazah.so mak prepare foods and i bought another cake.wah 2 cake kali ni.thankssssss mummy!!!bayangkan ramai yg baca surah yassin doakan aku.then dengan mak sekali baca Yassin.itu hadiah yang tak dapat aku beli atau cari kat mana2.TERIMA KASIH SEMUA....
 nota kaki:thanks atas semua ucapan dari semua.sms yang aku terima.call yang aku terima.hanya Allah aje yang balas.kawan baik aku cakap.untung awak.ramai orang sayang.then aku pula nak cakap.lebih untung pada sape yang aku sayang~hehehehehe.erm owh ya.hadiah yang ada dalam keta aku dari anis..i luv it..and by the way my besh friend still the first one who wish me on the dot!!!

Thursday, January 15, 2009

Happy Birthday!

assalamualaikum wbt...



kad untuk aku:
selamat hari lahir aku ucapkan untuk kamu.dah 27 tahun pun kamu.tapi fizikal kamu yang kecil dan karakter kamu yang nakal membuatkan kamu tak kelihatan dah lewat 20an.teruskan karakter kamu kalau itu yang membuatkan kamu selesa dan gembira.cuma janganlah sapai melampaui batas.aku kenal diri kamu lebih dari orang lain.sbb aku adalah hati kamu.aku tahu setiap apa yang berada di dalam fikiran kamu.hanya mereka yang benar-benar memahami kamu akan tahu bagaimana kamu yang sebenarnya...


aku tahu sekarang kamu sedang mengalami keadaan yang amat payah,kamu mungkin akan mengalami kejatuhan.tapi aku selalu cuba untuk membantu kamu menghadapi situasi yang begitu perit ini.kita berdua akan sama-sama cuba menanganinya even ia akan mengambil masa dan membuatkan kamu akan hilang arah seketika.aku harap kamu gunakan pengalaman kamu itu untuk cuba bertahan semampu mungkin.aku turut sedih jika kamu gagal menghadapinya.aku harap kamu tabah kerana ini dugaan dalam hidup.walaupun kamu nampak nakal tapi pemikiran kamu sgt matang maka gunakanlah kematangan kamu itu...

sempena hari lahir kamu..aku mendoakan agar kamu bahagia,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umo,dikuatkan iman,ditingkatkan amalan,disayangi oleh semua orang dan dipercepatkan jodoh~hihihi.aku tahu kamu punya ramai yang sayangkan kamu selain dari aku.maka hargai mereka yang mengambil berat dan sayang pada kamu...SELAMAT HARI LAHIR ...sayang....

daripada: hati kamu sendiri *smile*



nota kaki:semalam balik keje dah ada hadiah dalam keta.tapi masih tak tau sapa yang bagi.jam loceng MU...glory.glory...

Tuesday, January 13, 2009

Sibuk..?

assalamualaikum wbt...


aku perlu kejar due date:

assignment OB 15/01
perjanjian program-16/01
bajet mengurus-16/01
bajet bukan perubatan 21/01

nota kaki:nanti2 aku cerita lagi yea.thanks pada pembaca setia aku.ramai yang mintak aku invite masuk blog nie.nanti2 la ye.skang ni tak sampai 20 org pun aku invite.lagipun aku bukan blogger tegar lagi*smile*

Friday, January 9, 2009

Kaki Wayang...?

assalamualaikum wbt...

hari ni baru masuk hari ke.10 tahun 2009.tapi aku sudah 3x masuk wayang.cicakman 2,outlander dan bed time stories.3 cerita yg dah aku tonton dgn member2 opis.cicakman aku bagi 1/2 bintang.outlander 5 bintang dan bed time stories 4.5 bintang.maaf,bukan aku tak suka filem melayu.tapi kalau cicak man mampu buat aku tido?pttkah aku bagi banyak bintang sbb aku tak teruja langsung.

nota kaki:teringat masa zaman matrik kat ipoh 9 tahun dulu.sll sgt tgk wayang sbb leh guna student kad.so jadi murah la.filem tak besh pun layan gak.

Thursday, January 8, 2009

Semangat Yang Hilang

assalamualaikum wbt...


seperti biasa,awal tahun dan hujung tahun adalah waktu yg paling kritikal bagi aku.banyak benda2 penting yang perlu aku siapkan dan submit.ni belum aku start kenaikan gaji lagi.nnt lagi la banyak keje.tahun ni bilangan keje mungkin akan berkurang sbb aku dapat sorang lagi partner tetapi bebanan keje aku bertambah sbb aku pgg keje2 yang semakin berat.itulah kepercayaan...yang membuatkan kepala hotak aku macam nak pecah.

aku sudah mula tawar hati nak teruskan study aku ni.aku macam dah give up.aku macam dah tak mampu.aku betul2 rasa down.semangat aku selama nie ntah ke mana hilangnya.aku dah xmacam dulu lagi.seorang yg dahagakan ilmu sgt2.mungkin aku tak dizinkan untuk memiliki ijazah kot.kali ni dah masuk kali ketiga dalam usaha aku nak dapatkan ijazah.... dan mungkin gagal lagi *sad*

nota kaki:mungkin aku perlukan khidmat kaunseling kot..awak,sila motivasi sy...sy selalu dgr cakap awak dulu...

Sunday, January 4, 2009

Bermulanya dunia aku..

assalamualaikum wbt...

tahun 2008 mmg aku banyak shoot wedding.tapi semuanya adalah sahabat handai dan sanak saudara aku kecuali sorang customer melalui kawan aku.biarlah aku asah bakat aku melalui orang2 yg rapat dengan dengan aku.memang aku tak kenakan betul2 bayaran pada mereka.kekadang sekadar harga cuci photo dan harga album.aku tau business is business even dengan saudara sendiri pon.aku sedar tentang itu sebabnya aku dulu pon study business gak.tapi aku anggap tahun 2008 nie sebagai tahun aku menimba ilmu dalam bidang fotografi ni.dalam menimba ilmu tentunya bukan bayaran yang kita terima sebaliknya sejumlah wang yang perlu kita laburkan.

insyallah jika diizinkan olehNya,aku ingin tahun 2009 ini sebagai permulaan untuk aku mencari modal kembali atas semua pelaburan aku dalam bidang fotografi ni.kalau diikutkan aku budah berbelanja beberapa riban bagi peralatan fotografi.sekarang aku sudah ada 1 body,1 flash cap ayam,3 lens(termasuk kit)dan etc(beg,tripod).harap-harap sebelum habis 2009 dapat sambar wide lens 1.dan rasanya tahun ni aku akan masih setia dengan myken aku.tak berniat lagi nak tukar atau upgrade kerana aku sedar apalah gunanya slr yang canggih kalau jari jemariku kaku apabila menembak.

nota kaki:rakan-rakan blogger antara mereka yang mula-mula membuka minat aku dalam dunia ni.sekali melangkah kaki aku terus ke depan,taknak langsung patah balik walaupun masa sgt2 terhad buat aku kebelakangan ni

Friday, January 2, 2009

Salam 2009

assalamualaikum wbt.....

selamat tahun baru 2009.pantas sungguh masa kan.kejap je dah hari ke2.macam mana plak dgn hidup kita kan.ada perubahan atau masih di takuk lama..semoga tahun baru ni kita dapat perbaiki apa yg buruk tahun lepas,cuba mencapai azam tahun lepas yg tak tercapai dan membikin azam baru.tapi biarlah azam dgn keazaman dan bukannya azam hanya sebagai nama. tahun 2009 jugak bertambah lagi usia kita lagi setahun.lagi 13hari aku tinggalkan usia 26."perkara yang paling aku kesali ialah apabila terbenamnya matahari,umurku makin bertambah tetapi amalanku makin berkurang;IBNU MAS'UD".tetapi adakah kita semua menyesali atau hanya ketika kita didalam kesusahan saja.ini peringatan untuk diriku.... nota kaki:leptop wathal,software hilang..bosannya tanpa adobe ps.