Monday, February 9, 2009

Surat Buat Aku (1)

assalamualaikum wbt...

aku,
hari ini aku ingin menulis untuk aku.selalu hantar surat untuk awak.tetapi bukannya awak akan baca sbbnya blog ini adalah private.maybe satu hari awak akan baca.bila...itu sesuatu yang aku sendiri tak pasti...

aku,
sebelum delete blog ini.aku telah berjanji yang aku akan berubah.aku ingin sekali nak baca balik entri itu.malangnya.blog telah delete dan semua soft copy nya hilang akibat masalah virus yg menghuni laptop aku.aku ingin baca kembali perubahan apa yg aku ingin buat..

aku,
aku akui yang aku banyak sangat2 berubah sejak aku delete blog lama.aku berjanji yang aku ingin berubah ke arah yang lebih positif tetapi malangnya..aku rasa tidak.maybe ada yang bagus spt kurangya panas baran aku.namun yg negatuf aku rasa lebih banyak...

aku,
3 hari ni aku betul2 spend time dekat rumah.dengan mak.dengan bapak.dengan famili.aku ngadap skrin laptop hampir 24 jam.ptg2 aku g lepak kat umah tok.aku mengemas bilik.aku bermain dgn fotografo hampir setiap masa.itulah aku dulu.sebelum aku delete blog dan sebelum aku jumpa awak.

aku,
aku tak akan pernah salahkan sesiapa.akulah yang bersalah jika sesuatu berlaku pada aku.org lain mungkin sekadar pelengkap bagi setiap babak yang aku lakonkan atas arahan dan skrip aku sendiri.so aku yang sepatutnya mengolah kembali skrip aku dan memberi arahan semula atas drama yang aku lakonkan sebelum ni.tetapi menulis memang mudah..namun penghasilan bukanlah semudah jemari aku menaip di key board ini....

Saturday, February 7, 2009

Tonik

assalamualaikum wbt...

hari ni dapat tonik dari seseorang.
mampukah aku bertahan.?????

nota kaki:semuanya bergantung pada diri aku

Friday, February 6, 2009

surat buat awak...(2)

assalamualaikum wbt...

salam awak,
hari ini saya menulis lagi.bukan kerana apa2 tetapi permintaan hati ini.saya sangat2 sedey hari ini awak.tapi alhadulillah tak siapa tahu kesedihan saya walaupun awak.saya xmampu nak lindung kemarahan saya tetapi saya mampu lindung kesedihan saya.
awak,
semakin hari kita semakin jauh sebenarnya.walaupun luaran nampak kita dekat kan.mungkin itu terbaik untuk kita.bagi awak tentu tak kisah apa2 kan.tapi bagi saya,bukan mudah tetapi saya kena hadapinya..itu realiti yang saya kena tanggung sendiri.ya Tuhan seksanya saya...kenapalah saya diuji...owh ya Tuhan sayangkan saya...
(saya ingin solat dan baca Yassin sebentar....)
awak,
masih ingat lagi tak..bila awak bagitau saya awak tak boleh ngaji.waktu tue saya tanya awak nama arwah tok awak.saya nak sedekahkan Yassin pada dia.awak sedih waktu tu sbb dah tak pandai ngaji.saya tak pernah perkecilkan awak kan.saya suruh awak belajar kembali perlahan2.benda kalau dah lama kita tinggalkan macam tu la.setiap malam jumaat bila saya baca yassin saya selalu ajak awak sama2 baca Yassin dengan saya walaupun dua tempat yang berbeza..ntahla awak..saya tgk banyak sgt alasan awak.tapi saya tak sesekali akan marah awak.
awak,
bila awak cakap nak stat ngaji balik.saya belikan awak Iqra.alhamdulillah awak dengan gembiranya bagitau saya awak dah mula mengaji.tentu saya tersenyum.tapi kan awak.dah lama saya tak tanya awak,tak tahu pula awak masih ngaji atau tak.saya pun bukannya baik sangat untuk selalu bertanya pada awak tetapi itu tandanya saya sangat2 ambil berat pada awak...
awak,
seingat saya..saya tak pernah sekali menghampakan awak.apa saja permintaan awak mesti saya akan tunaikan.bahkan saya sanggup mengabaikan kepentingan saya,famili saya,rasa penat saya,pelajaran saya dll hanya untuk awak.jika saya tak tunaikan saya tak senang.even awak tak memaksa saya tetapi bila awak mengharapkan insyallah memang saya tunaikan.
awak,
masih ingat lagi.awak teringin nak makan rojak.saya penat sebenarnya tetapi saya tunaikan juga.saya tak pernah menyesal buat semua itu pada awak tetapi kadang2 saya terasa hati bila saya minta awak temankan saya awak ada saja alasan.pening la.penat la.banyak kali awak buat macam tue.saya pujuk hati saya sendiri awak*sedih*

bersambung...

nota kaki:awak balik kampung hari ni.sepatah pun awak tak cakap kat saya.tetapi saya masih ingatkan awak agar jaga diri,jaga peribadi dan jaga iman.jgn lupa bagitau saya bila awak dah sampai.jawapan awak:yelah awak..sy dah otw...

Wednesday, February 4, 2009

busy oh busy!!!

assalamualaikum wbt...

aku kembali busy dengan keje-keje opis memandangkan partner keje aku eksiden.so terlalu banyak keje die yang aku kene cover.memandangkan sorang lagi partner aku masih baru so aku la sekali lagi mesti memikul tangjawab ni.sib baik budak baru nie fast learner.kepala aku pun sentiasa berdenyut2 tapi tak perlulah aku bagitau seantero dunia.cukuplah orang bercakap sana sini tentang kegarangan aku,keseriusan aku tentang kerja.aku apa peduli.cakap la sebab bukan kamu yang berada kat tempat aku.

nota kaki:even kepala hotak tak berapa betul tapi aku sangat komited dengan keje la....

Tuesday, February 3, 2009

surat buat awak ...(1)

assalamualaikum wbt...

salam awak....
ntah kenapa hari ini rasa nak menulis buat awak.walaupun takdak masalah antara kita.walaupun nampak saya stabil dan hepi.walaupun saya nampak sgt2 sibuk dengan keje-keje opis saya.tetapi awak,macam lirik lagu kumpulan dewa:di dalam keramaian aku masih terasa sunyi,sendiri memikirkan kamu...
awak,
saya ingin berubah.saya pernah sekali jatuh dulu.peritnya hanya saya dan tuhan yang tahu.bagaimana payahnya saya nak cari diri saya semula.payahnya saya nak kumpul kekuatan yang ada untuk bangun akibat tersungkur.saat2 itu masih saya ingat.sbb itu walaupun saya sudah memaafkan tetapi saya tidak dapat melupakan.saya seolah2 hilang arah dan pedoman.saya sgt terhegeh-hegeh masa tu.
awak,
sekarang saya berada di tengah2 sebuah titi yang reput.saya dah nampak andai saya teruskan perjalanan saya maka saya akan jatuh.tetapi agak sukar juga untuk saya berpatah balik kerana kemungkinan juga saya akan jatuh.so apa saya harus buat???
awak,
bagus juga tindakan awak kat saya kebelakangan ini.nampak sangat saya seperti terhegeh2.saya sebenarnya sedih dengan beberapa tindakan awak.tapi hati saya sentiasa memaafkan awak.ntahlah kenapa.mungkin sebab itu buat awak melampau pada saya kan..
awak,
masa birthday saya hari tu..saya tak pernah tunggu apa2 hadiah dari awak.awak ada tanya saya.mesti saya tunggu hadiah dari awak.saya cakap tak dan sememangnya saya ikhlas tentang itu.tetapi saya tunggu sekeping kad dari awak.sampailah saya dengan tak malunya bertanyakan awak...awak cakap nntla..sekarang dah masuk februari so saya sudah tidak mengharap lagi...
bersambung...
nota kaki:bantu aku untuk kembali seperti dulu.tapi hanya aku yang mampu membantu aku...

Monday, February 2, 2009

Kembali bertugas..

assalamualaikum wbt...

hari ni aku masuk semula opis selepas cuti2 malaysia.alhamdulillah kali ni bercuti kepala hotak aku dah tak ingat langsung pasal keje.cuti adalah cuti.tahniah untuk aku.sbb jarang aku macam nie*ekekkeke*.skang gak aku sgt2 busy dgn keje2 fotografi aku.baru aku ada masa nak siapkan photo2 kawan2 aku.bayangkan kalo punya la lama.dah leh pregnant photo tak siap2.sib baik sume adalah kawan2 yg memahami kesibukkan aku *eh yeke!*

sebab kepala hotak aku sgt2 serabut sebulan dua lepas.uban-uban di rambut aku tumbuh dgn banyaknya.memandangkan aku gak xdak masa nak belek diri aku so dah makin panjang.nnt la aku soh anak2 buah aku.sure dorang nak kalau aku upah bawak p mandi taman belia !kecik2 dah pandai rasuah budak2 ni.

nota kaki:sengaja ignore perasan sendiri.harap fotografi dapat menjadi terapi berkesan untuk aku dalam usaha mengawal diri...

Sunday, February 1, 2009

Akhir Rasa Ini

assalamualaikum wbt...
aku kembali aktif blogging.tapi hanya mengenai photo2 yang aku tembak.aku aktif di photoblog aku---->sini.entahlah sampai bila nak bertahan.semuanya bergantung pada mood aku.aku masih akan tetap membebel disini.disini aku berkongsi semuanya.sebab itu blog ini sangat privasi bagi aku.hanya beberapa org saje yg leh masuk *smile*

smlm aku ada perselisihan faham sket dgn seorang teman.sesuatu yang tidak disengajakan.langsung tak terniat aku nak marah,kasar atau tengking.tetapi sbg manusia biasa yang punya sifat panas baran,itulah aku.aku marah sbb lama menunggu.kemudian bila sms xreply.so aku terkasar.bila die explain aku takleh terima sbbnya on that time aku lihat sms bertalu2 masuk dalam hp dia.so aku kasar dgn die.sudahnya die marah dan merajuk.bulk!takkan la die masih tak kenal dgn aku nie....

then after a few minutes,i realized that i should not do that.it was my fault.nilah payahnya aku yg punya sifat cepat sgt panas.then bila aku mintak maaf.kawan aku dah marah..dah malas nak terima maaf aku.maybe die terasa sgt2.aku akui aku ni mmg agak menggerunkan bila marah.dan sampai lah satu tahap die plak terkasar dgn aku.gedebuk!!!terasa something dalam hati aku.ntahlah sukar aku nak describe kat sini.tapi mmg aku terasa sgt2.macam nak nangis.tapi still bertahan....

hari ini aku ambil masa mengolah kembali apa yg terjadi.so aku dapt simpulkan itulah yg org lain rasa bila aku marahkan mereka.terutama org2 yg rapat dan sayang dgn aku.kawan2 rapat aku sll cakap,kalau org lain marah tak kisah sangat,tapi kalau aku yg marah mereka akan rasa lain.maybe sbb aku seorang yg ambil berat pada mereka.so bila aku marah,mereka ingat aku dah tak sayangkan mereka..owh tidak...tolonglah alert..aku ni cepat panas.tapi aku juga cepat sejuk.even kadang2 aku mmg tak bersalah,aku masih akan minta maaf pada seseorang itu.sbbnya aku tak akan pernah rugi apa2 dengan meminta maaf.


nota kaki:awak...saya minta maaf sangat2 sbb marahkan awak.saya jarang marahkan awak so maybe sbb tu awak terasa bila saya marahkan awak.saya tau perasaan bila orang yg kita sayang marahkan kita.sbb saya pun dah rasa.saya selalu berusaha nak hilangkan sifat panas saya ni,tetapi masih belum berjaya lagi.tapi saya tau awak mesti dah paham sangat dengan saya ni kan.even saya panas macam mana sekalipun,saya tidak akan pernah mengecewakan sesiapa.saya masih tetap akan mengambil berat pada sesiapa saja sampaikan awak kata kelemahan saya adalah sikap take care saya pada orang lalu orang akan mengambil kesempatan pada saya.harap2 awak tak buat begitu pada saya..(ngada2 tulis sbb dia bukannya baca blog aku pun)