Monday, March 28, 2011

Kekasih Yang Tak Dianggap


Assalamualaikum wbt...

Awak ingat tak..
Awak selalu cakap
Awak belum keje tetap
Awak masih belum stabil
So macam mana kita hendak lebih serius kan.

Awak masih ingat tak Setiap kali ada jawatan kosong kat mana-mana
Saya mesti bagitau awak.
Try la , jangan putus asa.
Sebab awak memang sudah malas nak cuba kan.

Awak...
Sampai satu masa
Awak cakap saya
Jangan harap apa-apa dari awak
Sebab awak masih terumbang ambing lagi.
Awak tak bagi saya tunggu awak.
Awak suruh saya pilih mereka2 yang sedang tunggu saya.
Saya tolak mereka semua kerana awak.


Bila kita "agak lama" terpisah.
Awak sudah bersama orang baru
Saya sedih masa tu
Terus saya remove awak dari mukabuku
Owh dia yang baru bersama awak itu amat comel.
Tahniah buat awak.

Awak tau tak.
Selepas lama saya cuba untuk menerima
Mereka yang selama ini setia menanti saya
Lama...selama saya bersama dengan awak
Bukan sekejap kan.
Kalau kahwin pun, anak dah mungkin masuk kindegarden

Awak..
Seseorang yang selama ini lama menanti saya
Sudah jugak berlalu pergi
Sebab terlalu lama mungkin dia menanti
Dan selama itu saya main-mainkan dia
Sebab bila awak tiada,saya pergi ke arah dia
Dan bila awak kembali, saya biar dia begitu saja..

Awak
Hari ni tangan saya gatal
Gatal sangat nak masuk fb awak
Even saya dah remove awak
Dan padahnya
Saya menyaksikan momen-momen indah pertunangan awak
Dan hati yang selama ini lama saya jaga terluka kembali.

nota kaki: saya cakap saya taknak nangis sangat tahun ni.tapi sekarang mata saya sudah bengkak

Sunday, March 27, 2011

Masalah Rencah Kehidupan!

Assalamualaikum wbt...

"Barangsiapa yang tidak meredhai Qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain daripadaKu" (HR Thabrani)


Bila melihat orang yang kita sayang gembira.Itu pastinya akan buat kita gembira kan.Sebab itu kita selalu saja ingin berbuat yang terbaik pada orang-orang yang kita sayang kan.Tak kira la mak bapak kita,adik beradik,guru-guru dan sahabat2 kita dan buah hati kita kan. Macam tu juga kalau kita lihat orang yang kita sayang dan ambil berat sedang bersedih, susah hati dan sebagainya kan.Pasti kita akan cuba untuk mengembirakan mereka.Mesej ini mungkin untuk orang yang aku sayang :-)

Kadang-kadang kita akan berdepan dengan seorang yang akan menyakitkan hati kita.Tapi Allah akan bagi kita 10 orang yang akan bersama-sama kita bangkit untuk menghilangkan luka di hati kita.So bersyukurlah jika hati kita sakit sebab kita akan tahu siapa yang benar-benar membantu kita semasa sakit.Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada sebab dan penyebabnya.Dan bersyukurlah kerana Allah menyayangi kita maka kita dipilih untuk menghadapi ujian-ujian dariNya.Dan kita juga bersyukur kerana kita akhirnya tahu ramai yang menyayangi kita samada yang mungkin baru sangat kita kenali :-)

Sebagai manusia, kita juga mungkin kadangkala bercelaru dalam hidup kita.Kita terkadang silap dalam membuat keputusan atas sesuatu yang mungkin akan memberi kesan kepada masa depan kita.Kita mungkin menyakitkan hati insan yang lain.Kita menyesal.Namun ego dalam diri kita memungkinkan susah untuk kita lafazkan kata maaf.Dan selepas itu kita mula bercelaru.Menyalahkan diri sendiri dan akhirnya masalah itu akan terbiar begitu saja.Tatkala kita dibebani masalah,carilah teman untuk berbicara.Carilah amal untuk berserah dan carilah jalan penyelesaian menggunakan akal kita yang waras.

Carilah teman untuk berbicara, namun pastikan teman yang dipilih itu teman yang benar-benar dipanggil sahabat.kerana kadangkala teman berbicara yang dipilih juga mungkin akan membuat keputusan yang kita ambil akan silap.Kita boleh berkawan dengan seribu orang.Tapi berapa ramai dalam seribu orang itu boleh dipanggil sahabat?Owh aku sangat cerewet tentang sahabat.Carilah amal untuk beribadah dan berserah.Bermacam-macam amal yang kita boleh lakukan.Berjenis-jenis solat sunat yang boleh kita laksanakan.Kemudian berserah dan redhalah dengan apa juga yang telah menjadi qadak dan qadarnya.Dan InsyaAllah, Allah tidak pernah zalim pada makhluknya,maka akal kita yang waras ini pasti akan dapat jalan penyelesaian atas sesuatu masalah yang menimpa...Hikmah pasti akan muncul pengakhiran sebuah masalah!

nota kaki: Busy oh busy!