Monday, March 28, 2011

Kekasih Yang Tak Dianggap


Assalamualaikum wbt...

Awak ingat tak..
Awak selalu cakap
Awak belum keje tetap
Awak masih belum stabil
So macam mana kita hendak lebih serius kan.

Awak masih ingat tak Setiap kali ada jawatan kosong kat mana-mana
Saya mesti bagitau awak.
Try la , jangan putus asa.
Sebab awak memang sudah malas nak cuba kan.

Awak...
Sampai satu masa
Awak cakap saya
Jangan harap apa-apa dari awak
Sebab awak masih terumbang ambing lagi.
Awak tak bagi saya tunggu awak.
Awak suruh saya pilih mereka2 yang sedang tunggu saya.
Saya tolak mereka semua kerana awak.


Bila kita "agak lama" terpisah.
Awak sudah bersama orang baru
Saya sedih masa tu
Terus saya remove awak dari mukabuku
Owh dia yang baru bersama awak itu amat comel.
Tahniah buat awak.

Awak tau tak.
Selepas lama saya cuba untuk menerima
Mereka yang selama ini setia menanti saya
Lama...selama saya bersama dengan awak
Bukan sekejap kan.
Kalau kahwin pun, anak dah mungkin masuk kindegarden

Awak..
Seseorang yang selama ini lama menanti saya
Sudah jugak berlalu pergi
Sebab terlalu lama mungkin dia menanti
Dan selama itu saya main-mainkan dia
Sebab bila awak tiada,saya pergi ke arah dia
Dan bila awak kembali, saya biar dia begitu saja..

Awak
Hari ni tangan saya gatal
Gatal sangat nak masuk fb awak
Even saya dah remove awak
Dan padahnya
Saya menyaksikan momen-momen indah pertunangan awak
Dan hati yang selama ini lama saya jaga terluka kembali.

nota kaki: saya cakap saya taknak nangis sangat tahun ni.tapi sekarang mata saya sudah bengkak

No comments:

Post a Comment