Monday, April 4, 2011

Cerita Tentang Syuhada Apple :-)


assalamualaikum wbt...

Weekend lepas aku ke Alor Setar, tahun ni saja dah lebih 5 kali rasanya aku ke sana.Tapi jalan kat sana ntah kenapa agak payah nak masuk dalam memori aku yang normal ni. Ke sana memang tidak dirancang.Sepatutnya mungkin ke KL bersama Elina atau ke Taiping bersama Syuhada Apple.Tapi akhirnya myheart membawa aku ke AS.Owh dan juga bersama Syuhada Apple.Aku tak pernah kenalkan dia kat sini kan.Antara adik kesayangan aku.Yang aku amik berat dan nak yang terbaik dalam hidup dia.Itulah aku!

Bila aku rapat dan sayang seseorang tak kira la sahabat,kawan-kawan dan adik-adik.Maka tentunya kita nak yang terbaik untuk mereka kan.Teringat dulu,bila aku mula rapat dengan seseorang mesti orang tu pelik "apsal u ni baik sangat".."erk,i rasa janggal plak u amik berat" dan lama-lama mereka kenal aku barulah mereka tahu aku memang macam ni.Sampai bila dah terpisah pun masih teringat2 dan komen dah takdak orang nak amik berat macam aku ambik berat. Bukannya susah nak ambik berat pasal orang,amik alat penimbang dan catat je "berat" mereka kan :-)

Syuhada Apple .Memang comel.Kalau tak sakit pun maybe nak sakit kot bagi budak-budak lelaki sebab nak ada nurse comel yang rawat.Hehehehe.Kenal sewaktu dia bersama seseorang dan sedang dalam masalah dengan seseorang dan akhirnya "terpisah" dengan seseorang.Hidup ini terlalu pantas aku rasa.Baru sekejap aku kenal dia tapi seolah-olah sudah sangat lama kenal dia dengan rentetan-rentetan beberapa "perkara" yang terjadi dalam hidup dia.

Bagi aku dia nakal.Nakal dalam diam.Nakal yang tidak menonjol.Nakal budak pandai.Hahahaha.Mulut ni boleh tahan lasernya.Tapi kenal dengan beberapa kenalan dari Teluk Intan buat aku rasa terbiasa dengan ke"laseran" itu.Bermula dengan artikel Bharian sewaktu kemalangan yang meragut abang kesayangan dia buat aku rasa eh, budak ni mesti perlukan seorang abang atau kakak untuk bantu "melupakan" kenangan indah bersama abang kesayangan.Dari panggilan Syuhada, Adda sampailah aku panggil dia Adik,insyaAllah aku akan cuba membantu dia mengenal dunia yang macam-macam ni :-)

Bila adik yang seorang lagi cakap,eh dah banyak adik ek skang.Aku hanya tersenyum.Aku tau aku memang sejak dulu banyak adik.Mungkin sebab aku memang suka jadi seorang kakak dan sbb itu nama aku Sis Honey kan ~hahahahaha.Aku gembira buat orang lain gembira sebab jika aku dah tiada satu hari nanti,mst orang akan kenang kenangan terindah bersama mereka-eceh,ayat tak boleh blah!

Buat Syuhada Apple or Cute Little Apple or Adik, sis ada untuk membimbing adik.Tapi walau apa pun keputusan yang adik buat.Sis tak sesekali akan masuk campur sebab u are the one make a decision.Tapi ingatlah keputusan perlulah rasional berdasarkan gerak ati dan menggunakan akal fikiran :-)

nota kaki: nanti sambung lagi la...