Friday, June 24, 2011

Happy Belated Birthday Little Apple

Assalamualaikum wbt...

Sepatutnya entri ini tidak perlu "belated" tapi takdir tuhan menyebabkan ianya menjadi belated. Namun syukur sbb sis masih mampu menyudahkan apa yg sis rancangkan even tak sepenuhnya.Insyallah,jika masih berkesempatan meraikan birthday adik di tahun2 akan datang.Kita akan sambut dgn suasana lebih meriah :-)

Buat adik kesayangan sis, dah 21 adik.Tapi dgn tubuh badan dan manja adik.Rasa macam masih belas2 kot. Bila dah masuk 21 ni.Banyak benda yg mematangkan akan berlaku dalam hidup adik. Adik akan hadapi satu fasa yang mungkin adik akan cakap dalam diri adik.Eh2 betul la orang tu cakap sebelum ni.Adik akan mula sedar zaman kanak-kanak dan remaja semakin meninggalkan diri adik.Itu yg sis alami masa peringkat usia menjangkau 21.Dan kalau tak sama 100% pun,pasti 50% terjadi kat diri adik.

Dah beberapa bulan sis rapat dengan adik.Dan sejak itu sis selalu cakap dalam diri sis, yg sis akan jaga adik sampai bila-bila.Sis memang takkan pernah mampu nak ganti tempat arwah Along.Tapi biarlah sis jadi diri sis dan adik kenal sis sebab diri sis.Kadang-kadang maybe sis terkasar dgn adik.Namun sis harap adik paham kenapa sis buat mcam tu.Sis pun nak berterima kasih atas kasih sayang dan hormat adik pada sis.InsyaAllah semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat sis.

Di usia menjangkau 21 ni.Sis akan sentiasa doakan adik terus dipanjangkan umur bagi membimbing diri menjadi insan yg diredhai oleh Allah. Sis doakan adik sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang hingga akhir hayat. Dipertemukan jodoh dengan lelaki yang TERBAIK kat dunia ni yg sayang adik seikhlasnya dan sayang adik lebih dari sis sayang adik dan adik akan bahagia dengannya hingga ke Jannah.

nota kaki: saya kehilangan 2 bapa saudara dalam masa hari yang sama.begitu menguji keimanan kami sekeluarga.