Friday, February 24, 2012

Doa Buat Ibu

Assalamualaikum...

Kita selalu cakap yang kononnya kita sayangkan ibu kita.Ya memang kita sayangkan ibu kita.Kita belikan ibu kita dgn hadiah2.bagi ciuman dan peluk mesra pada ibu kita.Dengan itu kita rasa kitalah anak yang terhebat.Tapi lupakah kita,yang setiap kali kita solat.Pasti antara doa kita"Kau berilah kesihatan yang baik buat IBUbapaku,panjangkan umur mereka dan berilah kesejahteraan dan kebahagian dunian akhirat kepada mereka" Ini mungkin antara bait-bait doa kita sesudah solat.

Bayangkan dalam sehari sebanyak lima kali kita solat wajib.Kalau seminggu dan 35 kali kita berdoa kepada mereka,sebulan ...? setahun.....? sebab itu pentingnya solat kepada kita.Jangan kita menganggap dengan memberi hadiah-hadiah berupa kebendaan sudah membuatkan kita menjadi yang terhebat.Tapi kita lupa ada "hadiah" lain yang lebih bernilai yang hanya mampu diberi oleh anak yang soleh dan solehah dan lebih beerti dari benda lain.Ayuh.Seru diri kita untuk perbaiki solat kita.Aku menuding jari kepada diri aku sendiri yang masih juga kekadang lalai.Insyaallah.Sama-sama kita ingat mengingati sebagai tanda kasih sayang kita.

nota kaki: aku sedang berusaha memindahkan entri dari semua blog yang pernah aku ada ke sini

Wednesday, February 22, 2012

Luka Terluka

assalamualaikum wbt...

Ingatkan aku sudah mampu
Namun sesungguhnya masih belum
Sudah puas kucuba
Masih ada rasa sakit yang amat
Bila dia bercerita tentang dia yg dia sayang
Kalaulah perkara lepas tidak berlaku
Mungkin tiada rasa kecewa di hati ni :-(

Tuesday, February 21, 2012

Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Monday, February 20, 2012

Niat di hati

Assalamualaikum...

Kan bagus kalau apa yang kita cuba sampaikan kepada seseorang dapat dipahami dengan sepenuhnya. Bila niat suci kita disalah anggap memang memeritkan kan. Tambah-tambah bila kita memang buat demi kebaikan dan kebahagian seseorang. Membiarkannya berlaku mungkin boleh mendatangkan kesan buruk buat hidup seseorang kan. Serik, ya aku memang tak pernah nak serik. Dulu pernah terluka, sekarang sengaja ingin menempah duka lagi. Ya Tuhan, bantu aku dengan memberi kebahagian buat dia.

Wednesday, February 15, 2012

Cuti-cuti Sabah 1

assalamualaikum wbt...

Tiket rm12.20,yup.Ni harga tiket AA yg aku berjaya booking tahun lepas.Masa promo RM0.10.Tapi bukan mudah nak dapat harga ni.Terpaksa bersengkang mata jugak la.Jeles mereka yg berjaya ke obersea dgn harga RM0.10....

Percutian kali ni dengan adik kesayangan aku yg sedang menternak anggur di kampung.Haha.Sementara nak posting,kita jalan-jalan dulu kan adik.Yea.Kali ni aku ke KK hanya dengan dia,sbbnya teman2 trip yg dulu sudah tukar status dari solo menjadi berdua. So aku yg masih tak tukar2 ni berjalan je la kejenya kan.

Kami bergerak dari Penang naik train,saja nak bagi adventure sket.Uhuks,aku tipu,sebenarnya taknak sampai tgh malam ke KL,so bila naik train akan sampai time Subuh.Rehat sekejap.Mandi and bersihkan diri apa yg patut then naik bas ke LCCT.Trip 2010 mmg aku buat mcam ni la.Tapi kali ni masa agak panjang sebelum flight ke KK so sempat la lepakkan diri kat Times Square.

Alhamdulillah flight kami tidak mengalami sebarang masalah delay so finally berjaya landing ke Terminal 2 Kota Kinabalu dengan selamatnya.terus aku ambil teksi ke hotel penginapan yg aku dah siap tempah via Agoda iaitu Imperial Boutec.

nota kaki: ...akan bersambung,insyaAllah